4/8/12

Kesulitan yang sangat membahagiakan...

Memang membahagiakan bila dikenang segala kesulitan dalam hidup ni.bila di imbas & fikir balik memang ada hikmah dan pengajaran kat situ. TQ Allah dengan semua kesulitan ini, aku sebagai hambamu bersyukur.kerana dengan kesulitan aku sentiasa berada dekat denganmu.mungkin jugak kalau aku tidak diberi anugerah kesulitan mungkin sekarang jiwa aku menjadi lebih sombong dan bongkak.Mungkin jugak tersasar jauh di jalanMu ya rabbi.sebagai catatan untuk kemudian hari, aku imbaskan kembali bagaimana untuk aku habiskan master aku sahaja dah mengambil masa yang panjang atas sebab2 kesulitan. Lepas sambung master 2, 3 bulan aku disahkan mengandung dan dari situ aku cepat2 buat planning untuk habiskan segala kerja lab.tapi itu perancangan tapi tuhan yang tentukan.Subhanallah...dalam masa aku mengandung suami aku jatuh sakit dan memerlukan rawatan segera.Besar sungguh dugaan hidup, tapi ak redha Ya Allah.sbb Kau yang mengatur segala perjalanan hidup ini dan Kau maha mengetahui segalanya. Di saat aku sarat mengandung dan dengan keadaan suamiku terpaksa dibedah, aku kuatkan semangat untuk berulang alik dari rumah ke hospital. Cukuplah untuk aku catatkan disini bahawa insan2 tersayang sentiasa memberi semangat disaat aku jatuh dan memerlukan kekuatan untuk memikul semua beban ini. Memang dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu aku menangis sendirian.ya aku menangis disebabkan masalah kewangan dan semua masalah ini harus aku tempuh diusia yang terlalu muda.disaat orang lain masih lagi boleh bergembira. kadang2 iri hati mula menjelma dalam diri hamba kerdilMu ini.

Suamiku selamat dibedah.igt lagi masa tuy dah nak dekat puasa sebab dekat dengan due date nak bersalin.suamiku cuti dikampung dan ak menanti masa tuk bersalin.tp akhirnyer lepas raya baru bersalin.dan aku dapat seorang putera yang jadi pengikat kasih sayang kami berdua. Alhamdulillah semua dah beres, so aku boleh sambung balik research kat penang.tp sume tu sementara bila suami terpaksa di bedah untuk kali kedua kerana keadaan nya sama dan doktor memaklumkan jika in berlarutan mungkin akan menyebabkan suami aku lumpuh.YaAllah, sekali lagi aku diuji.

**continued....

4/6/12

try harder

rite now me try harder to finish my thesis for chapter before this coming May..OMG!!! not have much time for me...even want message with my husband also have limited time.Take shower or want to buy food also dun hv enough time. Time fly so fast..i hope can finish my thesis on time.Caiyok2...keep moving hamidah just a little bit..be patient ok.TQ Allah u give me such a strength to me even i hv got many problems..

10/11/11

sekadar peringatan tuk kemudian hari...

Tips Menangani Anak Nakal

Untuk menangani anak nakal.Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.


1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...

2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya

3. bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati

(bergantung pd niat kita utk si anak)

4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x

"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU

LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo

anak masih menyusu..hembuskan pd susu.

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

9.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

8/19/11

DS Ashiteru... menuggu.flv


Tetiba rindu kt buah hati ibu..luv u soo much papa & Aqil ;) lyn sorg2 lagu ni tgh mlm..syiokk

8/18/11

krn nila setitik abes susu sebelanga...

Ak rs peribahasa ni bleh jgk ak gn tuk kelalaian ak nih. Adoi seb baik la x tls thesis n then x viva ape sume lg..klu xxx..kn hentam terok2 kot sal result ak.Tula disebabkn ak slh wat rumus n calculate abes sume result ak ko.Melarat ke sume result.


Bler ak notice sume ni?Haa cmni tgh duk wat correction paper tuy..ade Dr. ak ni komen.Check back is it this value is valid?Ak pun plik bler tgk result tuy cm lain mcm jerk,ermm mcm ade bnda x kena jerk.Then discuss ngan member.Kira2 punyer kira...OMG!!!ak salah buat formula la.Ni la lain kali jgn main buat jerk, kn la check dulu.Xpe2 bleh buat pengajaran.Allah s.w.t telah selamatkan ak..alhamdulillah..

8/17/11

time kasih syg...

TQ papa..sbb sudi tggu ibu abes blaja..hope this is last sem for me n then abes, insyaAllah.Bertuahnyer dpt asben cm papa nih, redha dan sabar jerk..Nak buat cmne dhla puasa, kn msk sendiri.Pastuy plak..duk bg th ibu pening kepala jerk 2, 3 hari ni.Ibu risau sgt2..tp ape yg bleh ibu buat bler duk jauh nih, itu jer.

Tp ati ibu amat trsentuh bler membaca 1 majalh tntang agama ni.Dlam tuy ade kisah tentang suami isteri yg duk jauh demi tuk mencari duit lebih. Dlam tuy dibincangkan bhw org islam tak sepatutnyer mcm tuy. Even tak cukup duit kt mst terus percaya bhw rezeki tuy dr Allah s.w.t. Pastuy plak, islam plak mengatakan bhw kedudukan seorang isteri adalah dia samping suami dan anaknyer. Seseorang itu x sepatutnyer mengorbankan amanat nyer tuk memiliki sebuah keluarga yg bahagia dgn duduk jauh semata2 tuk mendapat duit atau kedudukan/pangkat yg lbh tggi.

Allahuakbar!!tersentuh hati hambamu ini Ya Allah tak kala membaca sume tuy.Ak bersalah pada suamiku.Tp insyaAllah lepas ni tidak lg.Ibu nak berada disamping papa dan anak.Tak saggup nk berjauhan lg skali.

8/16/11

Hari ke-17 Ramadhan

Alhamdulillah..syukur sgt sebab masih diberi peluang untuk berpuasa pada tahun ini. Hari ni pulak Hari Nuzul Quran, sempena turunnya Al-Quran di muka bumi ini. Hope my life become better and better. Amin..