Memang membahagiakan bila dikenang segala kesulitan dalam hidup ni.bila di imbas & fikir balik memang ada hikmah dan pengajaran kat situ. TQ Allah dengan semua kesulitan ini, aku sebagai hambamu bersyukur.kerana dengan kesulitan aku sentiasa berada dekat denganmu.mungkin jugak kalau aku tidak diberi anugerah kesulitan mungkin sekarang jiwa aku menjadi lebih sombong dan bongkak.Mungkin jugak tersasar jauh di jalanMu ya rabbi.sebagai catatan untuk kemudian hari, aku imbaskan kembali bagaimana untuk aku habiskan master aku sahaja dah mengambil masa yang panjang atas sebab2 kesulitan. Lepas sambung master 2, 3 bulan aku disahkan mengandung dan dari situ aku cepat2 buat planning untuk habiskan segala kerja lab.tapi itu perancangan tapi tuhan yang tentukan.Subhanallah...dalam masa aku mengandung suami aku jatuh sakit dan memerlukan rawatan segera.Besar sungguh dugaan hidup, tapi ak redha Ya Allah.sbb Kau yang mengatur segala perjalanan hidup ini dan Kau maha mengetahui segalanya. Di saat aku sarat mengandung dan dengan keadaan suamiku terpaksa dibedah, aku kuatkan semangat untuk berulang alik dari rumah ke hospital. Cukuplah untuk aku catatkan disini bahawa insan2 tersayang sentiasa memberi semangat disaat aku jatuh dan memerlukan kekuatan untuk memikul semua beban ini. Memang dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu aku menangis sendirian.ya aku menangis disebabkan masalah kewangan dan semua masalah ini harus aku tempuh diusia yang terlalu muda.disaat orang lain masih lagi boleh bergembira. kadang2 iri hati mula menjelma dalam diri hamba kerdilMu ini.
Suamiku selamat dibedah.igt lagi masa tuy dah nak dekat puasa sebab dekat dengan due date nak bersalin.suamiku cuti dikampung dan ak menanti masa tuk bersalin.tp akhirnyer lepas raya baru bersalin.dan aku dapat seorang putera yang jadi pengikat kasih sayang kami berdua. Alhamdulillah semua dah beres, so aku boleh sambung balik research kat penang.tp sume tu sementara bila suami terpaksa di bedah untuk kali kedua kerana keadaan nya sama dan doktor memaklumkan jika in berlarutan mungkin akan menyebabkan suami aku lumpuh.YaAllah, sekali lagi aku diuji.
**continued....